JENTERA prestasi litar.
JENTERA prestasi litar.
Lizam Ridzuan


MODEL edisi paling berprestasi litar Porsche 911 GT3 RS 2023 dilancarkan untuk pasaran tempatan bersempena perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ia ditawarkan pada harga RM2.63 juta yang didatangkan dengan enjin 4.0 liter NA enam silinder selari menjana 525 kuasa kuda (hp) dan tork 465 Nm.

Kedudukan enjin pada bahagian belakang dengan radiator tunggal seperti jentera perlumbaan Le Mans untuk sistem sejukan udara unik.

Ia dipadankan dengan kotak gear klac berkembar PDK automatik tujuh kelajuan dengan nisbah gear lebih pendek dan memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 3.2 saat.

KEMASAN dalaman mewah dan berciri teknologi.
KEMASAN dalaman mewah dan berciri teknologi.

Kelajuan maksimum pula mencecah sehingga 296 km/j yang dilengkapi dengan ciri aerodinamik seperti spoiler belakang GT yang lebih besar daripada edisi sebelum ini.

Ia berfungsi untuk Drag Reduction System (DRS) dengan sayap bahagian atas boleh dilaras dengan kuasa hidraulik dan pada bahagian bawah adalah tetap.

Ia juga menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Track dengan talaan lebih terperinci boleh dilakukan bagi mod Track.

Menerusi Roda stereng dengan butang berputar bagi larasan, dan paparan dinamik pada kluster meter bagi lantunan dan redaman mampatan gandar hadapan dan belakang serta jumlah kekunci pada pembezaan belakang.

KERUSI bucket untuk gaya perlumbaan.
KERUSI bucket untuk gaya perlumbaan.

Gandar belakang dipasang dengan brek cakera 380 milimeter (mm) dan angkup brek empat omboh. Brek Komposit Seramik Porsche (PCCB) sebagai opsyen mempunyai cakera 410 mm pada gandar hadapan dan 390-mm pada gandar belakang.

Porsche 911 GT3 RS baharu didatangkan rim aloi bersaiz 20 inci dengan saiz tayar 275/35 hadapan dan 335/30 R21 di belakang memastikan cengkaman mekanikal yang tinggi.

SPOILER belakang aktif dengan dimensi lebih besar.
SPOILER belakang aktif dengan dimensi lebih besar.

Bahagian dalaman model ini dengan pakej Clubsport dilengkapi rollcage, pemadam api, tali pinggang keledar enam point, tempat duduk bucketkarbon, serta kemasan kulit dan karbon.

Untuk Pakej Weissach, yang boleh didapati dengan kos tambahan meliputi penutup hadapan, bumbung, bahagian sayap belakang dan lapisan atas cermin sisi menampilkan kemasan karbon.

Bar anti-roll depan dan belakang, rod gandingan belakang dan panel 'shear' pada gandar belakang diperbuat daripada CFRP dan menyumbang kepada peningkatan dinamik pemanduan. Bar rollover, dibina buat kali pertama daripada CFRP, menjimatkan kira-kira enam kilogram berbanding dengan versi keluli.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2023 @ 6:21 AM