WARISAN Targa moden vintaj.
WARISAN Targa moden vintaj.
Lizam Ridzuan


TARGA membawa maksud kereta gaya bumbung separa buka dengan besi pelindung di belakang tempat duduk yang mula diperkenalkan oleh jenama Porsche pada 1966 menerusi model 911 Targa.

Uniknya, nama model 'Targa' kekal dan didaftarkan untuk tanda niaga (trademark) dan hanya boleh digunakan oleh pengeluar kenderaan prestasi dari Jerman itu.

Meneruskan legasi model sports car yang penuh elemen sejarah ini, diperkenalkan varian Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition yang sudah pun memasuki ke dalam pasaran tempatan baru-baru ini.

Ia hadir dengan rekaan yang banyak dipengaruhi model jenama itu sekitar 50-an dan 60-an dan digabungkan dengan teknologi Porsche Exclusive Manufaktur.

Warna luaran Cherry Mettalic ini eksklusif untuk siri 911 yang turut ditawarkan dengan pilihan warna lain iaitu hitam dan Guards Red, selain GT Silver Metallic dan Crayon.

Tampil menyerlah rekaan dengan pelekat grafik 'Spears' pada kedua-dua sayap hadapan dan sisi dengan nombor perlumbaan yang boleh dipilih daripada kosong sehingga 99.

Ciri lain nama model dengan warna emas pada besi Targa dan logo Porsche pada penutup hab dan bonet melengkapi elemen vintajnya.

ELEMEN prestasi dan gaya.
ELEMEN prestasi dan gaya.

Roda aloi hitam berkilat (terdapat opsyen Platinum Satin berkilat) dengan saiz 20 atau 21 inci dan angkup brek hitam Porsche gaya klasik.

Ruang dalaman juga kesinambungan elemen luaran dengan panel aluminium lantai pintu dengan perkataan '911 Targa 4S Heritage Design Edition.'

Kemasan kulit dwitona Bordeaux Red dan Atacama Beige OLEA antara material premium selain Corduroy pada kerusi dan bahagian sisi pintu menyerlahkan ciri keselesaan dan mewah.

Alcantara juga digunakan sebagai 'headlining' bumbung serta pada tiang A dan B padanan yang ideal untuk versi Targa ini.

Ruang kabin juga dengan kluster meter dua paparan resolusi tinggi bersaiz tujuh inci dan sistem infotainmen skrin sesentuh bersaiz 10.9 inci

RUANG kabin ciri selesa dan teknologi.
RUANG kabin ciri selesa dan teknologi.

Diasaskan daripada generasi 992, ia dilengkapi dengan ciri termaju termasuk casis, sistem bantu pemandu dan infotainmen.

DIjana dengan enjin boxer 3.0 liter pengecas turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 450PS dan tork 530Nm.

Kelajuan maksimum sehingga 304 kilometer/sejam (km/j) dengan transmisi lapan kelajuan dwiklac automatik pacuan semua roda (AWD).

KERUSI dan kemasan lain daripada material mewah.
KERUSI dan kemasan lain daripada material mewah.

Terhad 992 unit sahaja di seluruh dunia, untuk pasaran Malaysia Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition dijual pada harga bermula RM1.677,409 dengan pengecualian cukai jualan (SST).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 7:01 AM