GAYA sedan sporty.
GAYA sedan sporty.
Lizam Ridzuan

Model sedan segmen-C dilihat sebagai pilihan pilihan yang 'selamat' jika mahukan sebuah kereta dengan ciri teknologi dan pemanduan gaya prestasi.

Bagi menawarkan lebih pilihan sebagai kereta paling laris di dunia, UMW Toyota (UMWT) melancarkan model Toyota Corolla Baharu menerusi varian Corolla IMP 2023 (Peningkatan) dan Corolla GR Sport.

Antara pembaharuan untuk Corolla IMP 2023 juga dikenali sebagai Corolla Altis ialah pada kemasan luaran dengan skima warna baharu Metal Stream Me selain rekaan rim aloi bersaiz 16 dan 17 inci.

Ciri lain dengan port pengecas USB dengan Type C, kemasukan pintar (menyentuh pembuka pintu) yang juga ditawarkan pada bahagian penumpang.

BAMPAR rekaan baharu dan logo GR pada belakang.
BAMPAR rekaan baharu dan logo GR pada belakang.

Ia juga dengan meter digital penuh bersaiz 12.3 inci untuk varian G dan GR Sport, klip pada pengecas telefon tanpa wayar, rekaan kerusi dipertingkatkan serta kedap bunyi yang lebih baik.

Untuk sentuhan lebih segar pada Corolla GR Sport ia diberi pembaharuan kemasan luaran dan dalaman seperti reka bentuk bampar, lampu hadapan serta lampu kabus LED berprestasi tinggi, dan pelindung bawah kenderaan hadapan.

Cermin sisi warna hitam dan rim aloi bersaiz 18 inci menyerlahkan gaya sedan sporty dengan saiz tayar 225/40R adalah padanan yang ideal.

Logo GR Sport juga terdapat pada bahagian belakang dan pada bahagian kerusi pemandu dan penumpang hadapan serta jahitan merah pada bahagian tempat duduk menjadikan ia lebih premium.

REKAAN kerusi gaya prestasi.
REKAAN kerusi gaya prestasi.

Sistem suspensi GR Sport pada hadapan dan belakang ditala untuk pengendalian lebih mantap menerusi MacPherson Strut dan Double Wishbone dengan penstabilan di atas platfrom TNGA.

Talaan merangkumi reka bentuk jumlah gegelung spring pada bahagian belakang, penyerap hentak yang dipertingkatkan serta penambahbaikan pada bar 'anti-roll' bahagian hadapan dan belakang.

Tiada perubahan pada enjin untuk Corolla 2023 dengan 1.8L 4 silinder selari DOHC Dwi-VVT-i yang menawarkan prestasi 139PS pada 6,400 rpm dan tork 172Nm pada 4,000rpm.

PAPAN pemuka elegan.
PAPAN pemuka elegan.

Enjin ini menawarkan penggunaan bahan api efisien serta transmisi CVT 7- kelajuan yang didatangkan dengan mod pemanduan Eco dan Sport serta pedal stereng.

Ciri keselamatan termaju ditawarkan menerusi Toyota Safety Sense dengan Sistem Amaran Teknanan Tayar (TPMS), Brek Parkir Elektrik dengan Kekal Brek Automatik.

Untuk Corolla GR Sport ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Putih Platinum Pearl MC, Merah Mica Metalik dan Hitam Attitude.

Toyota Corolla 2023 ditawarkan pada harga RM139,800 (1.8E), RM147,800 (1.8G) dan RM152,800 (GR Sport).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2023 @ 6:20 AM