PERLUMBAAN malam sajikan cabaran tersendiri.
PERLUMBAAN malam sajikan cabaran tersendiri.
Lizam Ridzuan


PERLUMBAAN sebelah malam menanti pelumba Toyota Gazoo Racing (TGR) Musim ke-6 Pusingan 2 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Menerima lebih 3.7 juta tontonan atas talian dengan sesekali aksi 'drama' perlanggaran dan kereta terbalik menjadikan kehangatan perlumbaan semakin memuncak.

Terutama dalam GR Vios Challenge sebagai acara tumpuan utama yang masih mengekalkan empat kelas perlumbaan iaitu Rookie, Sporting, Super Sporting dan Promotional.

Meskipun 'one make race', ia tetap menyerlahkan semangat dan keberanian pemandu di atas litar untuk perlumbaan selama dua hari itu.

ANTARA selebriti kategori Promotional.
ANTARA selebriti kategori Promotional.

Untuk Perlumbaan 1 Kelas Super Sporting, saingan dua generasi dapat dilihat pada kali ini dengan pemandu veteran Eddie Lew mendahului untuk perlumbaan 20 pusingan itu sebelum dipintas Mitchell Cheah untuk berada dalam kelompok lima teratas bersama Lew, Putera Adam dan Hayden Haikal dari pasukan Axle Sport.

Baki dua pusingan, jurang antara Mitchell dan Lew serta Putera Adam hanya 0.4 saat dan begitulah cara mereka menamatkannya dengan Hayden di tempat keempat dan Telagamas Toyota Freddie Ang mendapat tempat kelima di hadapan Naquib.

Untuk perlumbaan dua Kelas Sporting menyaksikan Bradley memenangi perlumbaan, tetapi hanya 0.6 saat di hadapan Koh dengan Aaron di tempat ketiga.

Kelas Rookie untuk pelumba muda dan baharu juga mempamerkan aksi tidak kurang hebat apabila 'jiwa' muda di atas litar menyaksikan saingan hebat antara mereka.

PERSAINGAN semakin sengit.
PERSAINGAN semakin sengit.

Untuk kategori Promotional membabitkan pelumba selebriti, Shukri Yahaya muncul juara Perlumbaan 1 dan Zizan berjaya mengambil takhta itu pada Perlumbaan 2.

Pusingan 3 akan diadakan pada 30 September hingga 1 Oktober hadapan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2023 @ 6:02 AM