MODEL GT dengan pelbagai anugerah.
MODEL GT dengan pelbagai anugerah.
Lizam Ridzuan


JENAMA kenderaan Eropah antara yang pantas ke arah elektrifikasi.

Tidak terkecuali, Audi yang sudah memulakan era elektromobiliti pada 2018, bakal melancarkan model segmen itu di Malaysia.

Menerusi rangkaian Q8 e-tron baharu, ia terdiri daripada varian Sportback dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang bakal dijual pada anggaran harga bermula RM369,000 hingga RM769,000.

Untuk e-tron GT quattro, harganya bermula daripada RM559,000 hingga RM643,000.

RS e-tron GT pula boleh ditempah pada harga RM749,000 dan RM769,000.

Q8 e-tron adalah standard baharu dalam segmen SUV elektrik mewah dengan varian tertinggi SUV dan sportback elektrik.

Ia menawarkan konsep pemanduan yang optimum, tahap aerodinamik lebih baik, prestasi pengecasan pantas dengan kapasiti bateri 114kWh dan peningkatan jarak perjalanan sehingga 600 kilometer.

GAYA rekaan Sportsback.
GAYA rekaan Sportsback.

Ciri-ciri utama yang ada termasuk lampu projektor 'singleframe' serba baharu, lampu utama LED digital matrik dan cermin luaran maya pertama seumpamanya di dunia yang dipasang pada sebuah EV.

Bukan itu sahaja, Malaysia akan menjadi antara negara pertama di Asia yang menerima Q8 e-tron selepas pengeluaran pertamanya bagi 2023 diperkenalkan.

Satu hasil kerja seni yang elegan dan unik, e-tron GT quattro dan RS e-tron GT menawarkan penggunaan kenderaan harian yang mampu dipandu sehingga 501km.

Tambahan, kuasanya boleh dirasai serta-merta dan RS e-tron GT mampu memecut daripada 0 ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam masa hanya 3.3 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j.

KABIN ciri prestasi dan teknologi.
KABIN ciri prestasi dan teknologi.

Audi e-tron GT turut menyerlahkan sistem quattro elektrik termaju, brek keluli bersama saduran 'tungsten carbide' untuk lebih ketahanan dan bumbung karbon (pada varian RS dan e-tron GT dengan Dynamic Package).

Untuk rekod, model ini juga menerima Anugerah Kereta Prestasi Tahunan Terbaik 2022.

Untuk pasaran Malaysia, Audi diedarkan oleh PHS Automotive Malaysia (PHSAM).

PANEL meter 12.3 inci Audi Virtual Cockpit Plus.
PANEL meter 12.3 inci Audi Virtual Cockpit Plus.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 6:10 AM