Eric Winter (kanan) pada pelancaran Audi Q8 e-tron di Kuala Lumpur Convention Centre. FOTO Eizairi Shamsudin
Eric Winter (kanan) pada pelancaran Audi Q8 e-tron di Kuala Lumpur Convention Centre. FOTO Eizairi Shamsudin
Lizam Ridzuan

Kuala Lumpur: PHS Automotive Malaysia (PHSAM) sebagai pengedar rasmi kenderaan premium Audi di negara ini melancarkan tujuh model kenderaan elektrik (EV) e-tron ke dalam pasaran tempatan.

Pengarah Urusannya Erik Winter berkata maklum balas daripada pengedar dan pelanggan terhadap Audi e-tron adalah sangat menggalakkan dan ini adalah penawaran produk terbesar Audi di Malaysia dan kami sangat teruja untuk menjadi negara pertama di rantau ini melancarkan Q8 e-tron.

"Momentum jualan EV di Malaysia dibantu oleh insentif kerajaan dan kerjasama industri untuk mencapai sasaran kerajaan ke arah 1.5 juta EV di Malaysia menjelang tahun 2040," katanya.

Pelancaran ini meliputi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Q8 e-tron advanced 50 quattro, Q8 Sportsback e-tron advanced 50 quattro, Q8 e-tron S line 55 quatrro dan Q8 sportback e-tron S line 55 quattro.

Selain itu turut dilancarkan model coupe empat pintu e-tron GT quattro, e-tron GT quattro dengan Dynamic Package dan RS e-tron GT.

Untuk Q8 e-tron SUV dengan reka bentuk aerodinamik dengan pengecasan penuh mampu mencapai jarak sehingga 582 kilometer (km).

Varian e-tron Sportback mempunyai ciri yangs sama namun dengan gaya lebih sporty pada bahagian belakang lebih rendah.

e-tron GT coupe dengan gaya gran turismo untuk pemanduan prestasi menerusi teknologi pacuan semua roda quattro elektrik yang dinamik.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pemilikan, semua model didatangkan dengan e-tron Charging System Compact dengan kuasa 1.8 kW dan 2.3 kW atau bekalan kuasa tiga fasas 11kW mudah alih untuk memberi kemudahan mengecas di mana-mana sahaja.

Untuk ketujuh-tujuh model ini ia dijual pada harga bermula RM384,000 sehingga RM810,000.

"Tujuh model ini hanyalah satu permulaan kerana kami sudahpun berusaha untuk membawa masuk lebih banyak model e-tron ke sini termasuklah flagship SQ8 dan Q6 e-tron yang akan membuat kemunculan global hujung tahun ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 5:10 PM