SCOMADI TL125 memukau sesiapa yang melihatnya.
SCOMADI TL125 memukau sesiapa yang melihatnya.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Ramai beranggapan skuter ini adalah jentera keluaran Piaggio sama ada Vespa atau Lambretta. Namun sebenarnya, ia adalah skuter Scomadi model 2015 yang memiliki bentuk hampir sama dengan Piaggio.

Biarpun moden, ia mengekalkan konsep klasik dan vintaj hingga memukau mata selain memiliki komuniti dan kelab sendiri di seluruh negara. Ini kali pertama penulis menemui jentera Scomadi TL125 yang dimodifikasi secara total.

Bayangkan cat luaran sahaja mencecah RM6,000 tidak termasuk aksesori dan komponen lain.

 SCOMADI TL125 kelihatan lebih bergaya dengan hiasan kosmetik Lambretta.
SCOMADI TL125 kelihatan lebih bergaya dengan hiasan kosmetik Lambretta.

Pemiliknya, Fareez Ehwan, 28, mengakui tidak menyesal menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk mengubah suai Scomadi secara ekstrem dan uniknya, jentera berkenaan menggabungkan banyak komponen atau aksesori daripada model Lambretta.

Antaranya pelindung impak sisi, pelana, lampu brek, pelindung fork dan hon daripada model Lambretta.

RUANG barangan diberi sentuhan khas.
RUANG barangan diberi sentuhan khas.

Selain barangan Lambretta, lampu limpah hadapan jentera turut direka semula supaya lebih memukau termasuk penghadang angin rekaan khas.

Tidak cukup dengan itu, penyerap hentak asal diganti dengan jenama Showa yang lebih lasak dan mampu menahan bebanan tinggi.

SISTEM suspensi Showa pada roda hadapan.
SISTEM suspensi Showa pada roda hadapan.

Enjin silinder tunggal 124.6cc dengan dua injap masih seperti asal tetapi digabungkan bersama ekzos PM Tuning U-turn Exhaust yang mampu mempertingkatkan sistem kuasa dengan deruman memukau.

Jentera milik ahli kelab Scomadi Johor ini kelihatan bergaya dengan warna yang dipersembahkan. Malah hasil semburan khas krom karbon menerbitkan kesan memukau.

Selain itu, penggunaan tayar jenis Pirelli menampakkan imej sporty jentera.

PENGGUNAAN tayar Pirelli menambahkan gaya sporty.
PENGGUNAAN tayar Pirelli menambahkan gaya sporty.

SCOMADI TL125 2015

• Warna biru dan emas krom ‘carbon-look’

• Pelindung impak sisi Lambretta

• PM Tuning U-turn Exhaust

• Pelana kustom Lambretta

• Lampu brek Lambretta

• Lampu limpah kostum

• Pelindung hon Lambretta

• Pelindung fork Lambretta

• Penyerap hentakan Showa

• Tayar Pirelli

• Perlindung angin kustom

• Kos: RM12,000

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 12:01 AM