KEBANYAKAN wanita didorong untuk melakukan gangguan seksual kerana kekurangan lelaki tulen atau pasangan yang ‘boleh harap’.
KEBANYAKAN wanita didorong untuk melakukan gangguan seksual kerana kekurangan lelaki tulen atau pasangan yang ‘boleh harap’.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Saufi Hassan dan Nor Syazrina Muhamad Tahir


Gombak: Lelaki Malaysia tidak lagi 'selamat' apabila aduan berkaitan gangguan seksual terhadap mereka semakin meningkat di negara ini.

Difahamkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima lebih 1,000 aduan berkenaan gangguan seksual terhadap lelaki sejak setahun lalu dan bilangan kes terus meningkat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementeriannya melalui Jerayawara Kasih KPWKM @ Antigangguan Seksual menerima lebih 1,000 aduan gangguan seksual terhadap lelaki membabitkan pelbagai peringkat usia sejak program itu dilancarkan tahun lalu.

"Pada permulaan program ini, hanya berbelas (aduan gangguan seksual terhadap lelaki) kami terima. Mungkin mereka tidak mahu melaporkannya kepada pihak polis, tetapi mereka berani buka cerita kepada kaunselor kita.

"Ada lebih 1,000 pengadu (lelaki) datang melaporkan kepada kaunselor (KPWKM) dan minta nasihat daripada KPWKM (berkaitan gangguan seksual dialami mereka)," katanya selepas merasmikan Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @ Antigangguan Seksual serta pelancaran Kempen Zero Sexual Harassment on Campus anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

Pada Disember tahun lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu turut memaklumkan sebanyak 411 kes atau 27.7 peratus daripada 1,486 aduan berkaitan gangguan seksual direkodkan membabitkan mangsa lelaki.

Katanya, pihaknya menerima 1,486 keseluruhan aduan berkaitan gangguan seksual menerusi data daripada Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) antara Mac hingga Disember 2023.

Katanya, aduan itu dikemukakan semasa Program Jerayawara KASIH KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual di 14 negeri.

Beliau memaklumkan, KPWKM menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] sebagai suatu Akta khusus untuk menangani kesalahan gangguan seksual.

Mengenai Tribunal bagi Antigangguan Seksual (Tags), Nancy berkata, tribunal berkenaan mula beroperasi pada 11 Mac lalu dan sedang meneliti serta mengkaji setiap aduan diterima bagi tindakan susulan.

"Penting kita dengar dulu kes-kes sama ada bersesuaian untuk ambil tindakan (daripada segi undang-undang) dan mereka akan beri nasihat. Jadi sebab itu dari segi statistik ketika ini agak belum tinggi sangat, namun sudah ramai yang bertanya (mengenai Tags)," katanya.

Tags ditubuhkan untuk menerima aduan bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024 dan menyediakan saluran alternatif kepada mahkamah sivil bagi mengendalikan aduan dengan cepat, mudah dan kos minimum bagi mangsa mengambil tindakan terhadap pelaku bagi mendapatkan hak tebus rugi akibat gangguan yang dialami.

Isteri orang turut komen berbaur lucah

Kurang lelaki tulen punca wanita mula langkah drastik - Pakar kaunseling keluarga

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 12:00 PM