Masjid Prima Saujana Kajang. FOTO Ihsan Facebook Masjid Prima Saujana Kajang
Masjid Prima Saujana Kajang. FOTO Ihsan Facebook Masjid Prima Saujana Kajang
Essa Abu Yamin


Kuala Lumpur: Pengurusan Masjid Prima Saujana Kajang di sini, memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan Maghrib empat minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada semalam kerana masalah teknikal.

Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun, dalam satu kenyataan, berkata jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.

"Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2024 @ 11:38 PM