GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 dalam negara yang dilaporkan melonjak kepada 27,831 kes hari ini berbanding 22,133 kes, semalam.

Ia adalah kes harian tertinggi yang direkodkan Malaysia sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Januari 2020.

Kes harian tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 26 Ogos 2021, iaitu 24,599 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan itu, jumlah kumulatif kes kini adalah 3,111,514 kes.

Katanya, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 27,734 kes terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Sebanyak 97 kes adalah kategori tiga hingga lima," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu kategori satu mencatatkan 7,606 kes, kategori dua (20,128 kes), kategori tiga (59 kes), kategori empat (28 kes) dan kategori lima sebanyak 10 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Februari 2022 @ 7:07 PM