Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes harian Covid-19 menurun kepada 10,915 berbanding 11,889 kes yang dilaporkan semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di negara ini berjumlah 2,268,499.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,121 kes, diikuti Selangor dengan 1,386 kes, Kelantan (1,288 kes), Johor (1,124 kes), Perak (862 kes), Sabah (784 kes) dan Pulau Pinang sebanyak 768 kes.

"Terengganu merekodkan 818 kes, Kedah (574 kes), Pahang (504 kes) danMelaka mencatatkan 216 kes," katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, Negeri Sembilan merekodkan 211 kes, Kuala Lumpur (171 kes), Perlis (58 kes), Putrajaya (26 kes) dan Labuan sebanyak empat kes.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 5:02 PM