Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes harian Covid-19 meningkat kepada 12,735 kes lebih sedikit berbanding semalam iaitu 12, 434 kes.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes dilaporkan di negara ini berjumlah 2,245,695 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sarawak kekal tertinggi dengan 2,487 kes diikuti Selangor dengan 1,940 kes, Johor (1,241 kes), Kelantan (1,232 kes) dan Kedah mencatatkan 1,033 kes.

"Sabah merekodkan sebanyak 993 kes, Perak (913 kes), Pulau Pinang (763 kes), Terengganu (726 kes) dan Pahang sebanyak 697 kes.

"Selain itu Kuala Lumpur mencatatkan 258 kes, Melaka (194 kes), Negeri Sembilan (132 kes), Perlis (97 kes), Putrajaya (28 kes) dan Labuan mencatatkan satu kes hari ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 3:23 PM