Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 5,434 kes hari ini berbanding 6,145 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,396,121 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Oktober 2021 @ 3:16 PM