GAMBAR hiasan. FOTO Danial Saad
GAMBAR hiasan. FOTO Danial Saad
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat lagi dengan 6,380 hari ini berbanding 6,288 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,569,533 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 2:37 PM