Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kes jangkitan Covid-19 kembali meningkat dengan 21,176 kes direkodkan hari ini berbanding 19,307 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif di negara ini mencecah 1,940,950 kes.

"Daripada 21,176 kes Covid-19 hari ini sebanyak 338 atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 20,838 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Sebanyak 21,476 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kes pulih kepada 1,678,962.

"Pada masa sama, 341 kes kematian dilaporkan hari ini dengan 102 membabitkan kes kematian di rumah (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 19,827 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain itu, 1,310 kes pula memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 935 kes disahkan Covid-19, 375 kes suspek, kemungkinan dan kes dalam siasatan sementara 773 kes memerlukan bantuan pernafasan (455 kes disahkan Covid-19, 318 kes suspek, kemungkinan dan kes dalam siasatan).

"Sarawak buat tiga hari berturut-turut mencatatkan angka tertinggi iaitu 3,734 kes diikuti Selangor (3,595); Johor (2,297); Sabah (2,246); Pulau Pinang (1,939); Kedah (1,808) Perak (1,366) dan Kelantan, dengan 1,254 kes.

ANTARA individu yang hadir untuk pemasangan dan pemotongan gelang kuarantin di Pusat Persampelan Covid-19 dan Pusat Pemakaian Gelang Bagi Kontak Rapat, PKD SPT di Kompleks Sukan MBSP dan Kolam Renang Jalan Betek di sini. FOTO DANIAL SAAD
ANTARA individu yang hadir untuk pemasangan dan pemotongan gelang kuarantin di Pusat Persampelan Covid-19 dan Pusat Pemakaian Gelang Bagi Kontak Rapat, PKD SPT di Kompleks Sukan MBSP dan Kolam Renang Jalan Betek di sini. FOTO DANIAL SAAD

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 September 2021 @ 4:27 PM