Gambar hiasan. FOTO arkib NSTP
Gambar hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di negara ini menurun kepada 5,828 kes, berbanding 6,630 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia capai 2,426,050 kes.

Maklumat terperinci kes harian akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my, katanya.

Menurutnya, maklumat di portal itu akan dikemas kini setiap hari selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 2:56 PM