Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Kes jangkitan baharu harian Covid-19 kembali meningkat melebihi 20,000 apabila 20,780 dicatatkan hari ini berbanding 19,991 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan kes kumulatif Covid-19 dalam negara 1,320,547 kes.

Beliau berkata, pecahan setiap negeri dan (kumulatif) adalah Selangor sebanyak 6,921 (485,014); Kuala Lumpur sebanyak 2,065 kes (146,410); Johor, 1,693 kes (104,721) dan Sabah, 1,514 kes (97,979).

ORANG ramai menjalani ujian saringan percuma pada program Penang Saring COVID-19 (PSC-19) di Dewan Batu Lanchang, Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong.
ORANG ramai menjalani ujian saringan percuma pada program Penang Saring COVID-19 (PSC-19) di Dewan Batu Lanchang, Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong.

"Selain itu, Sarawak mencatatkan 634 kes (83,387), Negeri Sembilan, 1,015 kes (81,571); Kedah sebanyak 1,534 kes (61,290); Pulau Pinang, 1,385 kes (55,404), Kelantan, 1,284 kes (52,661), Perak sebanyak 828 kes (46,640) dan Melaka merekodkan 636 kes (37,158).

"Sementara, Pahang mencatatkan 585 kes (30,853); Terengganu, 613 kes (22,188); Labuan sebanyak tiga kes (9,723); Putrajaya, 41 kes (4,661) dan Perlis sebanyak 29 (887)," katanya menerusi Facebook (FB) hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 3:30 PM