Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 merekodkan 17,236 kes hari ini, menurun berbanding 18,688 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,279,776 kes.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,567 kes.

ORANG ramai yang hadir menjalani ujian saringan Covid-19 percuma pada program Penang Saring Covid-19 (PSC-19) di Dewan Batu Lanchang, Georgetown. FOTO Mikail Ong
ORANG ramai yang hadir menjalani ujian saringan Covid-19 percuma pada program Penang Saring Covid-19 (PSC-19) di Dewan Batu Lanchang, Georgetown. FOTO Mikail Ong

"Selain itu, Kedah merekodkan 1,328 kes, Sabah (1,247), Johor (1,232 kes), Negeri Sembilan (1,215 kes), Perak (935 kes), Kelantan (914 kes), Pulau Pinang (908 kes), Pahang (604 kes), Terengganu (501 kes), Sarawak (589 kes), Melaka (360 kes), Putrajaya (66 kes), Perlis (22 kes) dan Labuan sebanyak lapan kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 4:00 PM