KLOPP tagih persembahan cemerlang anak buah menentang United di Old Trafford malam ini. FOTO EPA
KLOPP tagih persembahan cemerlang anak buah menentang United di Old Trafford malam ini. FOTO EPA
Agensi

MANCHESTER: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menggesa pemainnya tidak terpengaruh dengan ramalan media menjelang aksi getir menentang Manchester United malam ini dan mahu pemainnya tidak mempedulikan tumpuan diberikan terhadap mereka.

Liverpool berkunjung ke Old Trafford dengan rekod 17 kemenangan aksi Liga Perdana berturut-turut termasuk lapan pada permulaan kempen musim ini, sekali gus menduduki takhta liga.

United pula 15 mata di belakang musuh tradisi dengan menduduki tangga ke-12, prestasi terburuk mereka dalam musim pertama Ole Gunnar Solskjaer mengendalikan pasukan itu.

Berdasarkan jurang antara kedua-dua pasukan ketika ini, penganalis bola sepak berpendapat tiada seorang pun pemain United layak berada dalam kesebelasan Liverpool, tetapi Klopp mendakwa media sengaja mensensasikan perkara itu untuk melihat kegagalan Liverpool.

Ketika ditanya bagaimana dua menangani pertembungan berpfrofil tinggi itu, Klopp berkata: “Abaikan! (Formula) perlawanan ini begitu mudah, sama seperti perlawanan lain.

Media Sky membuat gabungan barisan utama perlawanan dengan meletakkan 11 pemain Liverpool.

“Dunia pada masa ini adalah sarkas dan kami pula berada di tengah-tengahnya - satu pihak mahu kami menang, satu pihak lagi mahu kami kalah.”

Dia menambah: “Saya sukakan perlawanan ini, tetapi perbincangan mengenainya terlalu diperbesarkan. Ia bahan menarik untuk media. Segala statistik dan perkara di sekelilingnya.

“Pada akhirnya, kami hanya perlu bermain bola sepak. Itu sahaja menjadi kebimbangan saya, ia hasil sikap luar biasa dan bola sepak benar-benar berani.

Perlawanan itu juga menyaksikan buat julung kalinya sejak Oktober 1996, Liverpool berada di puncak untuk berhadapan dengan juara 20 kali itu.

Tuan rumah kehilangan pemain utama seperti Paul Pogba sementara David de Gea dan Anthony Martial dalam keraguan, namun Klopp menganggap Solskjaer mungkin cuba mengaburkannya dengan alasan yang tidak menentu mengenai kecergasan trio berkenaan.

“Empat hari lalu, saya rasa Ole ada mengatakan ‘tiada peluang’ buat De Gea dan Pogba. Hari ini dia berkata ‘mungkin’ pula, esok (hari ini) ia akan menjadi ‘100 peratus’ selain Martial akan kembali,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 6:01 AM