KELUARGA Nora Anne tiba di Hospital Tuanku Jaafar untuk pengecaman mayat.
KELUARGA Nora Anne tiba di Hospital Tuanku Jaafar untuk pengecaman mayat.
Reuters

PARIS: Pejabat Pendakwa Raya Perancis membuka siasatan jenayah terhadap kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang mayatnya ditemui di kawasan hutan di Pantai, Seremban Negeri Sembilan, kata jurucakap semalam.

Mayat Nora ditemui kelmarin, 10 hari selepas dia dilaporkan hilang dari sebuah resort di Seremban.

Punca kematian remaja itu masih belum diketahui dan laporan bedah siasat dijangka diumumkan pada pagi ini.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Perancis dalam satu mesej ke kepada Reuters memberitahu, siasatan jenayah terhadap kes Nora itu dibuka pada 9 Ogos lalu.

Pendakwa raya Perancis sering membuat siasatan terhadap kes membabitkan warga negara itu di luar negara.

Ibu Nora berasal dari Belfast manakala bapanya adalah warga Perancis.

  • Lagi berita berkaitan Nora Anne Quoirin
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 12:42 AM