KEN Soon (kanan) bersama pekerjanya menunjukkan buah durian di Gudang Durian N9 miliknya di Jalan Temiang. FOTO Hasriyasyah Sabudin
KEN Soon (kanan) bersama pekerjanya menunjukkan buah durian di Gudang Durian N9 miliknya di Jalan Temiang. FOTO Hasriyasyah Sabudin
Mohd Khidir Zakaria


MEMILIKI kebun seluas kira-kira 80.94 hektar di Jelebu dan Kuala Krau, Pahang membolehkan seorang pengusaha buah-buahan tempatan menjana pendapatan amat lumayan.

Chin Ken Soon, 38, berkata, buah-buahan yang diusahakannya adalah durian, belimbing, tembikai, betik dan manggis yang turut dieksport ke beberapa negara di Asia dan Eropah.

“Belimbing dan betik adalah buah paling banyak dijual ke luar negara seperti China, Arab Saudi dan beberapa negara Eropah seperti Poland serta Belanda yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM8 juta sebulan.

“Durian jenis Musang King, Udang Merah, D24, Teka serta durian kampung adalah untuk pasaran tempatan yang boleh mendatangkan hasil sebanyak RM3 juta hingga RM4 juta sebulan,” katanya ketika ditemui di Gudang Durian N9 miliknya di Jalan Temiang di sini, kelmarin.

Katanya, mengikut permintaan pasaran, jumlah keluaran buah-buahan di kebunnya masih tidak mencukupi kerana perlu mendapatkannya daripada pengusaha lain.

“Setiap kali dieksport ke China, Arab Saudi dan beberapa negara lain, saya memerlukan sekurang-kurangnya 100 tan atau lapan kontena buah sebulan untuk sesebuah negara.

“Ini kerana apabila tiba September hingga Oktober setiap tahun, permintaan buah-buahan ini meningkat di negara Eropah,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 6:30 AM