Shamsul Munir Safini


KANAK-KANAK lelaki rentung apabila kontena yang menjadi tempat permainannya terbakar di Kampung Jawa, Bayan Lepas, 12.10 tengah hari ini.

Mangsa, Muhammad Saifuddin Subahan, 8, melecur 100 peratus selepas dipercayai terperangkap di dalam kontena yang terbakar itu.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.15 tengah hari dan sebaik tiba di lokasi kejadian kontena itu masih terbakar.

Katanya, kontena yang terbakar itu dijadikan tempat simpanan barangan lama.

"Terdapat seorang kanak-kanak terperangkap di dalamnya dan dia turut terbakar.

"Kebakaran dapat dikawal 25 minit kemudian sebelum mayat mangsa berjaya dikeluarkan," katanya.

Menurutnya, kontena itu tidak berkunci dan kerap dijadikan tempat kanak-kanak bermain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 January 2019 @ 1:55 PM
KONTENA yang dijadikan tempat simpanan barang-barang lama terbakar dan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dan meninggal dunia. FOTO ihsan Bomba
KONTENA yang dijadikan tempat simpanan barang-barang lama terbakar dan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dan meninggal dunia. FOTO ihsan Bomba