Mayat bayi  ditemui dalam sebuah kotak di belakang sebuah kedai dekat Taman Berlian Indah. FOTO Ihsan Pembaca
Mayat bayi ditemui dalam sebuah kotak di belakang sebuah kedai dekat Taman Berlian Indah. FOTO Ihsan Pembaca
Omar Osman


MAYAT bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat dan uri di dalam bungkusan plastik berbalut kain cadar di Taman Berlian Indah, di Sungai Petani, hari ini.

Mayat bayi itu yang belum dapat dikenal pasti bangsanya ditemui orang awam pada pagi, yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, polis yang menerima maklumat itu kira-kira jam 11 pagi kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, polis kemudian menemui mayat bayi berkenaan di tepi longkang belakang rumah kedai.

"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Bedah siasat dijangka dibuat esok pagi.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mei 2018 @ 6:02 PM