Sudirman Mohd Tahir


SEPERTI dijanjikan, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkongsi wajah puteri sulung mereka selepas tujuh hari kelahiran di Facebook dan Instagram miliknya.

“Bismillahirrohmanirrohim, saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

“Hari ini adalah hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

“Inilah penyejuk hati, anugerah Ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Siti berkata suaminya bakal mengumumkan nama sebenar anak mereka yang bermula dengan Siti A.

“Insya-Allah, pada malam ini suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi Youtube Siti Official Video bermula 9 malam.

“Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 7:09 PM
PAPARAN video yang dikongsikan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Facebook dan Instagram nya. FOTO Ihsan Datuk Seri Siti Nurhaliza
PAPARAN video yang dikongsikan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Facebook dan Instagram nya. FOTO Ihsan Datuk Seri Siti Nurhaliza