Skuad Khas Harian Metro

Gerik: Kegiatan penyeludupan migran termasuk etnik Rohingya bagaikan tiada kesudahan.

Kemakmuran dan murah hati rakyat negara ini menerima mereka menyebabkan etnik Rohingya yang dianiaya mengintai peluang, tambahan pula sudah ramai saudara mereka berada di negara ini sejak dua dekad lalu.

Bagi mereka jika dapat tiba di sempadan Malaysia, bagaikan satu rahmat kerana mereka yakin tidak akan dihantar pulang sebaliknya boleh bebas bergerak dan mencari rezeki di negara ini.

WARTAWAN menemu bual anggota sindiket (kiri) di Bukit Khao Ko Be. FOTO NSTP
WARTAWAN menemu bual anggota sindiket (kiri) di Bukit Khao Ko Be. FOTO NSTP

Taktik terbaru sindiket penyeludupan migran ini kini dikesan menjadikan Bukit Kobeh atau Khoa Ko Be setinggi lebih 800 meter dan bersempadan hutan antara Malaysia-Thailand di Kampung Alai di sini, sebagai laluan penyeludupan.

Malah di sepanjang sempadan hulu Perak berdekatan Betong, Thailand, beberapa lagi Lorong Gajah kerap dijadikan pintu masuk tanpa pasport iaitu di Kampung Kuak Hulu, Kuak Tengah, Felda Nenering 4, dan Felda Nenering 10.

Dapatkan berita penuh di akhbar Metro Ahad hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 6:59 AM