Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim

Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan migran melalui laluan laut bukan lagi sekadar menyeludup warga Indonesia semata-mata, sebaliknya kumpulan penjenayah terancang itu kini aktif membawa masuk atau keluar warga Bangladesh, Myanmar, etnik Rohingya dan Afrika ke Malaysia.

Tindakan kumpulan yang mampu membuat urus niaga bernilai lebih RM10 juta setahun itu dipercayai bagi memaksimakan keuntungan.

Malah, sindiket langsung tidak mempedulikan siapa individu yang mereka seludup sama ada terdiri daripada buruh kasar, pelarian, pengganas, mahupun penjenayah asalkan mereka dibayar.

PENDATANG asing yang ditahan diperiksa anggota polis. FOTO Yazit Razali
PENDATANG asing yang ditahan diperiksa anggota polis. FOTO Yazit Razali

Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya 30 lorong tikus ataupun pangkalan haram di kawasan pesisir pantai di Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah yang digunakan sindiket.

“Sebelum ini sindiket hanya aktif membawa masuk warga Indonesia menggunakan laluan berkenaan tetapi kini warganegara lain seperti Afrika, Bangladesh dan etnik Rohingya turut diseludup.

Dapatkan berita penuh di akhbar Metro Ahad hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Mac 2018 @ 7:03 AM