BUAYA sepanjang lima meter yang ditangkap  di Sungai Tapang, Baram. FOTO Kandau Sidi
BUAYA sepanjang lima meter yang ditangkap di Sungai Tapang, Baram. FOTO Kandau Sidi
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Marudi: Hanya menggunakan umpan ayam, seekor buaya yang dipercayai membaham seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Sungai Tapang, Peking di Baram berhampiran Rumah Panjang Japang, di sini, ditangkap, kelmarin.

Buaya sepanjang lebih lima meter dengan berat dianggarkan lebih 200 kilogram itu disedari memakan umpan yang dipasang penduduk kampung menggunakan mata kail pada jam 9.30 pagi.

Difahamkan, reptilia itu memakan umpan yang dipasang kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian sebelum dibawa ke rumah panjang.

Ketua Masyarakat Peking Jampang Kantan berkata, dengan tertangkapnya sang bedal itu, ia ternyata memberi kelegaan kepada penduduk rumah panjang dan kawasan sekitar yang sering menggunakan sungai berkenaan sebagai aktiviti harian.

“Umpan yang diletakkan sejak beberapa hari lalu itu sememangnya disasarkan untuk menangkap buaya berkenaan yang selama ini membimbangkan penduduk di kawasan ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2017 @ 9:14 AM