KEADAAN salah seorang mangsa kemalangan di Jalan Bukit Putera-Kampung Telaga Papan, Setiu. FOTO Info RB Ganu & Kemalangan
KEADAAN salah seorang mangsa kemalangan di Jalan Bukit Putera-Kampung Telaga Papan, Setiu. FOTO Info RB Ganu & Kemalangan
Zatul Iffah Zolkiply

 

[email protected]

DUA lelaki maut, tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan empat motosikal di Jalan Bukit Putera-Kampung Telaga Papan, Setiu jam 11.20 malam tadi.

Dua yang maut adalah penunggang motosikal manakala tiga yang cedera masing-masing dua penunggang motosikal dan pemandu Proton Wira.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa belum lagi diperoleh setakat ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 11 Mohd Izani Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.29 malam sebelum sebuah jentera dan sebuah van Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian dengan tujuh anggota.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dan empat motosikal.

"Pemandu Proton Wira yang cedera dan tersepit dikeluarkan dengan peralatan penyelamat sebelum dia bersama dua lagi yang cedera di bawa ke Hospital Setiu untuk rawatan.

"Mayat dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2017 @ 10:31 AM