RANGKAIAN Raia Hotel tawar penginapan selesa untuk semua kategori pengembara.
RANGKAIAN Raia Hotel tawar penginapan selesa untuk semua kategori pengembara.
Suliati Asri


PERSEKITARAN menyenangkan dan selamat, bilik selesa serta kepelbagaian kemudahan ditawarkan antara faktor utama yang dititikberatkan ketika mencari hotel penginapan saat bercuti.

Bagi anda yang ingin mencari percutian yang sesuai untuk pengembara perniagaan dan ideal untuk percutian serta penginapan singkat bersama keluarga tersayang, rangkaian Raia Hotel adalah pilihan terbaik.

Raia Hotel bukan saja menawarkan perkhidmatan yang terbaik tetapi turut menawarkan pengalaman penginapan santai persis berada di rumah.

Raia Hotel menawarkan keseluruhan 866 bilik di lima hotelnya di seluruh negara iaitu di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar, Kedah; Raia Hotel & Convention Centre Terengganu; Raia Hotel & Convention Centre Kuching, Sarawak; Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah dan Raia Inn Penang, Pulau Pinang.

Hotel bertaraf empat dan tiga bintang ini dulunya dimiliki Lembaga Tabung Haji dan kini di bawah pemilikan Urusharta Jamaah Sdn Bhd dengan penjenamaan semula sebagai Raia Hotel.

Bertemakan 'Hotel Untuk Semua', Raia Hotel bukan saja menawarkan penginapan selesa untuk tetamu beriadah tetapi ia juga sesuai untuk pelbagai aktiviti keraian termasuklah aktiviti berkumpulan yang dianjurkan agensi perniagaan.

Terdapat lima jenis bilik tetamu yang ditawarkan Raia Hotel iaitu jenis superior, deluxe, eksekutif dan suite yang pastinya sesuai dengan keinginan tetamu.

MENU menarik yang disediakan rangkaian hotel Raia.
MENU menarik yang disediakan rangkaian hotel Raia.

Menariknya, semua reka bentuk bilik penginapan adalah berkonsepkan kontemporari dengan perabot bergaya moden di dalam bilik dan suite yang bersaiz antara 35 hingga 113 meter persegi.

Ia sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang berkunjung untuk tujuan percutian singkat, percutian bandar, penginapan lanjutan dan percutian keluarga.

Untuk menjamu selera ketika menginap, ia tidak menjadi masalah kerana Raia Hotel menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman di kafe serta restoran di setiap rangkaian hotel.

PILIHAN dewan dan ruang untuk pelbagai acara .
PILIHAN dewan dan ruang untuk pelbagai acara .

Ruangan lobi dan pertemuan pula disediakan dengan selesa dan praktikal untuk tetamu di samping turut disediakan tempat letak kenderaan percuma kepada mereka.

Raia Hotel juga adalah mesra keluarga dan warga emas. Jadi, bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga serta membawa warga emas, bercuti, hotel ini pastinya tidak mengecewakan.

Menambahkan keselesaan tetamu, Raia Hotel turut menyediakan kemudahan kerusi roda, dobi, pengangkutan ke lapangan terbang, sekuriti, khidmat bilik, stor bagasi dan 'wake-up call' dan banyak lagi.

Semua lokasi Raia Hotel juga sangat strategik yang mana ia berhampiran dengan lapangan terbang sekali gus memudahkan pengunjung terutama pengembara perniagaan.

ANTARA kemudahan yang disediakan untuk pelanggan hotel.
ANTARA kemudahan yang disediakan untuk pelanggan hotel.

Bagi yang ingin mengadakan pelbagai acara termasuklah mesyuarat, seminar, sidang media, majlis korporat, bengkel, taklimat, hari jadi dan acara lain, Raia Hotel turut menyediakan pelbagai pilihan dewan dan ruang konvensyen yang pastinya dapat memenuhi kehendak dan merealisasikan impian tetamu.

Di Raia Hotel & Convention Centre Kuching misalnya, ia kini menjadi pilihan utama di Kuching sebagai lokasi mengadakan acara dan konvensyen.

Bilik Grand Ballroom boleh memuatkan sehingga 2,800 kapastiti untuk makan malam, majlis perkahwinan dan persidangan.

Menariknya, reka bentuk hotel yang unik ditambah dengan pencahayaan semula jadi dan pemandangan latar langit yang indah serta gabungan motif kontemporari Sarawak menambahkan lagi keterujaan menginap di hotel ini.

Menawarkan bilik yang luas serta kolam renang, Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar sesuai untuk percutian bersama keluarga di bandar Alor Setar yang indah.

Hotel ini juga sangat sesuai untuk mereka yang 'balik kampung' melawat keluarga semasa cuti sekolah atau menghadiri majlis keraian.

RAIA Inn Penang.
RAIA Inn Penang.

Di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, tarikan utamanya adalah kolam renang luaran dan 'lazy river', kolam renang dalaman serta pusat konvensyennya.

Hotel bertaraf empat bintang ini sangat sesuai dijadikan destinasi beristirehat bersama keluarga. Ini kerana ia bukan saja menawarkan persekitaran alam semula jadi yang menyenangkan tetapi juga menyediakan pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Ingin merasai keenakan menu masakan Arab dan Mediterranean dengan rasa tempatan? Restoran Souq Garden di Raia Hotel Kota Kinabalu nyata tidak mengecewakan. Antara menu yang harus di rasa ketika menjamu selera di sini adalah Ayam Mandy dan biryani.

Sementara itu, selepas setahun ditutup bagi melakukan pengubahsuaian, kini Raia Inn Penang membuka semula pintunya kepada pengunjung.

Projek baik pulih Raia Inn Penang membabitkan dua fasa iaitu fasa pertama adalah pengubahsuaian bilik tetamu untuk lebih segar dengan kemudahan moden baharu, kafe dan kawasan lobi.

Fasa kedua pula adalah menaik taraf landskap sedia ada dan membangunkan kemudahan riadah seperti kolam renang, padang bola tampar pantai, zon paintball dan banyak lagi untuk memberikan pengalaman baharu kepada tetamu.

Dengan kadar harga bilik dan suite yang munasabah iaitu bermula dari RM180 semalam, tempahan bilik boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi Raia Hotel di www.raiahotels.com.my atau menghubungi 03-8744 3000.

Oleh itu, bagi anda yang merancang untuk membawa keluarga tersayang bercuti terutama sempena cuti sekolah kelak, Raia Hotel sentiasa menanti kunjungan anda.

Ikuti juga Raia Hotel di Facebook dan Instagram untuk mengetahui promosi terbaru.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 6:20 AM