Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Wanita dikenali Sarah Yasmin yang mendakwa 'kekasih gelap' kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya enggan berdiam diri apabila terus memuat naik perbualan Ruhainies dengan Aliff di aplikasi WhatsApp.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah nama pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong turut terpalit dalam perbualan antara mereka.

Menerusi perbualan itu, Ruhainies mendakwa Emma baru menghubunginya dan Chacha pula mendakwa kenyataan Bella seolah-olah ingin menyelamatkan diri selain orang bodoh saja yang akan mempercayai kenyataan dibuatnya itu.

"Emma baru menghubungi saya. Katanya Chacha nak cakap yang Bella punya cerita itu gempak sangat. Chacha cakap orang bodoh je (saja) percaya.

"(Bella) siap menangis kat Chacha dan boleh lihat yang Bella sangat berusaha keras untuk membuatkan orang luar mempercayainya," kata Ruhainies dalam perbualan itu kepada Aliff.

Terdahulu Sarah yang mengakui dia adalah 'kekasih gelap' kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu. 

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa pelakon yang ditangkap berkhalwat bersama Aliff itu juga menghasut pelakon dari Singapura  berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Hari ini, Sarah sekali lagi mendedahkan beberapa perbualan romantis dan perancangan yang disusun atur pelakon Ruhainies bersama Aliff di aplikasi WhatsApp.

Sarah berkata, tindakan yang dilakukan itu adalah sebagai balasan selepas dia berasa ditipu oleh Aliff dan Ruhainies.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 10:38 PM