KUDA belang yang hilang selama enam hari. FOTO Perkhidmatan Haiwan Wilayah King County
KUDA belang yang hilang selama enam hari. FOTO Perkhidmatan Haiwan Wilayah King County
Agensi

Washington: Kuda belang yang terlepas daripada penjaganya di sini, selama hampir enam hari, ditemukan dalam keadaan selamat, baru-baru ini.

The Guardian memetik kenyataan Perkhidmatan Haiwan Wilayah King County (Raskc) berkata, kuda belang bernama Shug itu ditangkap berhampiran North Bend selepas berkeliaran di kaki bukit Cascades, selama lebih seminggu.

Shug pertama kali terlepas pada 28 April selepas pemiliknya singgah di kawasan North Bend di lebuh raya Interstate 90, untuk menyelesaikan masalah dengan treler yang membawa empat kuda belang.

Menurut agensi berita tempatan, penjaga dari Winlock, membeli kuda itu dan sedang membawanya ke zoo peliharaannya di Anaconda, Montana.

Keempat-empat kuda belang itu terlepas ketika penjaga haiwan cuba mengendalikan treler yang membawa haiwan berkenaan.

Tiga daripadanya ditangkap semula dalam masa beberapa jam dan pemiliknya meneruskan perjalanan ke Anaconda.

Shug, bagaimanapun, tidak dapat ditangkap.

Dalam satu kenyataan, Raskc memaklumkan orang awam dan pegawai kawalan haiwan akhirnya membantu menangkap Shug pada petang Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2024 @ 3:01 PM