SYED Gaddafi bersama Ayu dan Rozita pada majlis berbuka puasa baru-baru ini.
SYED Gaddafi bersama Ayu dan Rozita pada majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Ridzuan Abdul Rahman


"ADA tawaran berlakon tapi untuk terima bukan masa sekarang ini. Keutamaan saya kepada keluarga dan suami." kata pelakon Ayu atau Raudhah Che Wan, 39.

Ayu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembabitan semula dalam dunia lakonan selepas lebih tujuh tahun menyepikan diri.

Menurut Ayu, buat masa ini dia sibuk menguruskan anak-anaknya yang masih kecil selain lebih selesa menjalankan perniagaan dari rumah.

Malah katanya, dia tidak mahu menyusahkan pihak produksi kerana sedar tidak dapat memberi komitmen memandangkan proses penggambaran biasanya mengambil tempoh yang panjang.

"Boleh sahaja nak buat seperti itu (kerja sehingga 5 petang). Tapi saya rasa menyusahkan orang lain. Sebab penggambaran itu, kalau kita setuju untuk komited, kena beri 100 peratus.

"Sekarang ini saya besarkan anak dan lagipun saya buat bisnes depan mata anak-anak. Buat bisnes dekat rumah sahaja.

"Bila dapat buat bisnes dari rumah rasa syukur. Ia sangat-sangat menakjubkan. Ia rezeki yang tak disangka-sangka. Sambutan pun menggalakkan," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di hotel sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

AYU dan suami.
AYU dan suami.

Selain Ayu dan Rozita serta suaminya, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti seperti Achey Bocey dan tidak ketinggalan, para asatizah terkenal negara, antaranya Ustazah Asma' Harun.

Menurut isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Zaquan Adha itu, dia turut dibantu oleh suaminya.

Ayu yang juga adik kepada pelakon Rozita Che Wan berkata, dia bersyukur kerana kini sibuk menguruskan bisnes Sambal Geprek AR (Ayu Raudhah #anakramai) yang dijual menerusi TikTok.

Ibu kepada enam anak ini berkata, dia percaya setiap anaknya ada rezeki masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2024 @ 6:20 AM