Ayu tak nak bercerita kisah peribadi. FOTO Ayu Puteh
Ayu tak nak bercerita kisah peribadi. FOTO Ayu Puteh
Najiy Jefri


PENERBIT Datuk Ayu Puteh, 40, enggan lagi berkongsi kisah peribadi terutama membabitkan hal rumah tangga kerana bimbang akan mengguris hati suaminya, Aiman Ismail, 28.

Ayu berkata, selepas mendirikan rumah tangga dengan artis naungan syarikat miliknya Januari tahun lalu, dia perlu menjaga sensitiviti serta privasi keluarga mereka.

“€œCukuplah kisah peribadi saya dijaja sebelum ini. Saya tahu ramai yang memperkatakan mengenai perkahwinan saya dengan jejaka yang 12 tahun lebih muda daripada saya.

“€œSelepas bergelar isteri saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga.

“€œLagipun bukan semua perkara saya perlu kongsi dengan umum dan biarlah cerita mengenai peribadi dan rumah tangga kami saja yang simpan,”€ katanya.

Ayu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila nekad berkahwin dengan artis naungan syarikatnya.

Menurut Ayu, selepas hampir enam tahun membangunkan syarikatnya dia kini mahu berkongsi mengenai kejayaan bisnes yang diusahakan.

“€œSaya dah tak nak bercerita mengenai kehidupan peribadi. Saya lebih teruja untuk bercerita mengenai bisnes produksi serta hartanah yang saya usahakan.

“€œSuka saya kongsikan drama bersiri pertama keluaran produksi ini berjudul Abang Lori Ohsem yang ditayangkan di Hpptv mencatat tontonton paling tertinggi di saluran terbabit.

“Bagi saya, ia permulaan baik untuk saya terus menghasilkan drama bersiri selepas ini. Saya akan mengeluarkan dua telefilem dan tiga filem tahun ini,” €katan.

Ayu turut bersyukur tudung dicipta khas untuk badan beruniform jenama Wanders Hijab mendapat permintaan ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 5:35 PM