FOTO dikongsikan di Instagram.
FOTO dikongsikan di Instagram.
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: "Keajaiban kecil di hari pertama 2024,".

Demikian tulis bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang berkongsi foto cucu di Instagramnya. 

Dalam hantaran itu, Michelle menulis rasa bahagia dan bersyukurnya. 

"Kami rasa sangat dirahmati. Tak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya untuk anugerah ini," tulisnya. 

Dalam satu hantaran lain, Michelle mengucapkan terima kasih kepada anak dan menantunya. 

"Terima kasih Nicolas dan Darina sayang kerana membuatkan kami jadi datuk dan nenek paling bahagia serta bangga. Selamat datang Maxime!" tulisnya. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2024 @ 8:32 PM