BABY Shima
BABY Shima
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Sudah namanya golongan selebriti, pastinya setiap gerak geri mereka mencuri perhatian ramai peminat bukan sahaja di luar, malah, setiap yang dikongsikan mereka di media sosial juga akan mendapat perhatian warga netizen.

Setiap yang dikongsi selebriti bukan sahaja mendapat pujian, tidak kurang juga cerita dikongsi mendapat kecaman atau komen melampau serta bersikap buli siber.

Selebriti juga sering menerima kecaman dari warga netizen di media sosial.

Penyanyi Baby Shima mengakui dia tidak pernah ambil kisah dengan komen atau kecaman netizen di media sosialnya.

Menurutnya, jika dia terbaca pun komen atau kecaman netizen, dia anggap seperti angin lalu sahaja.

"Sebab saya tak boleh kawal orang nak cakap apa. Kalau boleh tidak payah baca komen atau buat tidak tahu sahaja

"Alhamdulillah, emosi dan mental saya sikit pun tidak terganggu dan ia membuatkan saya lebih kuat menghadapi pelbagai situasi," katanya.

Bagaimanapun, kata Shima, jika kecaman netizen n itu sampai pada tahap melampau hingga bersikap buli siber, dia tidak akan berdiam diri.

"Sebagai selebriti, dia tidak akan baca komen yang negatif. Kalau terbaca pun sudah tiada masalah.

"Tapi jika sampai tahap sudah sampai tahap melampau dan buli siber, saya akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2023 @ 10:26 AM