Adira menyambut kelahiran madunya, Datin Red
Adira menyambut kelahiran madunya, Datin Red

Kuala Lumpur: Momen indah penyanyi Adira, 32, menyambut ulang tahun kelahiran madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali Datin Red membuat ramai tersentuh dengan keakraban mereka.

Menerusi video dimuat naik semalam, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata sukar untuknya ungkapkan mengenai momen itu dan mengucapkan syukur.

"Selamat hari jadi kakak sayang. Tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah. Datang awal sehari sebab esok takut tak sempat singgah," katanya.

Datin Red turut membalas komen buat penyanyi Ombak Rindu itu mengungkap rasa kesalnya terhadap hubungan antara mereka.

"Terima kasih adikku sayang. Maafkan kakak sebab tak menjadi kakak yang baik," tulisnya yang turut disertakan emoji hati dan menangis.

Adira yang mesra disapa Yayang membalas ringkas komen itu untuk memohon maaf juga.

"Yayang pun banyak kekurangan kakak. Yayang pun minta maaf," katanya.

Rata-rata pengikutnya di Instagram sangat kagum betapa kedua mereka lebih utamakan silaturahim.

"Insan terpilih, semoga jannah tempat kamu sekeluarga. Hati itu suci," demikian antara komen netizen.

Ada yang turut memuji cara Adira menjaga batas dan kedudukannya dengan menghormati Datin Red sebaiknya.

Adira berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada Datuk Red atau nama sebenarnya Adenan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2023 @ 5:13 PM