AKSI Pitt selaku teraju utama filem Bullet Train.
AKSI Pitt selaku teraju utama filem Bullet Train.
Syafil Syazwan Jefri


FILEM: Bullet Train

PENGARAH: David Leitch

PENULIS SKRIP: Zak Olkewicz

PELAKON: Brad Pitt, Joey King, Aaron Taylor-Johnson, Brian Tyree Henry, Andrew Koji, Hiroyuki Sanada, Michael Shannon, Benito A Martinez Ocasio, Sandra Bullock

TERBITAN: Columbia Pictures, 87North Productions

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

Diadaptasikan daripada novel berjudul Maria Beetle karya tulisan Kotaro Isaka, filem berjudul Bullet Train (terjemahan novel Maria Beetle ke dalam versi Bahasa Inggeris juga menggunakan judul Bullet Train) diarahkan oleh pengarah, David Leitch.

Bagi saya secara peribadi, karya ini digarap dengan begitu baik, menyelitkan elemen komen dan aksi serta dikompakkan ke dalam satu filem yang tersusun dari segi penyambungan plot.

Perkara pertama yang ingin saya sentuh adalah mengenai babak aksi yang dipaparkan. Penonton tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan babak aksi penuh mendebarkan ini.

Sebagai penonton, durasi 126 minit berada di kerusi pawagam membuatkan saya tak senang duduk sekali gus saya juga turut berkongsi rasa 'penat' ketika diminta memberikan ulasan mengenai filem ini saat melangkah keluar dari dewan.

ANTARA aksi mendebarkan dalam Bullet Train
ANTARA aksi mendebarkan dalam Bullet Train

Secara ringkasnya, filem Bullet Train mengisahkan mengenai bekas pembunuh upahan yang dikenali sebagai Ladybug lakonan Brat Pitt, ditugaskan untuk mengambil satu beg yang berada di dalam kereta api laju atau bullet train dari Tokyo ke Kyoto.

Walaupun kini sudah menjalani kehidupan yang penuh ketenangan dan harapan baharu, dia terpaksa menerima tugas itu bagi menggantikan Carver yang sepatutnya

melakukan tugasan itu.

Sepanjang berada di dalam kereta api itu, bermulalah satu kisah penuh dengan kejar mengejar, bunuh membunuh dan pelbagai aksi menarik.

Ladybug perlu menyelesaikan misinya dengan sebaik mungkin dan pada masa sama, terpaksa berdepan dengan pelbagai individu tidak dikenali yang turut sama memburu beg itu.

Pada masa sama, penonton juga dibawa untuk melihat sendiri budaya masyarakat Jepun yang begitu pendiam dan pembersih saat berada di dalam kereta api.

Dari sudut pandang saya, Pitt berjaya membawakan watak Ladybug ke satu tahap yang kita semua tidak jangkakan dalam usianya yang mencecah 59 tahun.

Selain itu, satu lagi perkara yang mencuri tumpuan adalah kemunculan watak-watak kameo yang saya rasa, anda perlu tonton sendiri.

Bagi mereka yang dahagakan filem dengan genre sebegini, Bullet Train adalah pilihan paling tepat buat anda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2022 @ 6:30 AM