Aeril Zafrel bersama kereta Lamborghini berwarna kuning pemberian isterinya
Aeril Zafrel bersama kereta Lamborghini berwarna kuning pemberian isterinya
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Aeril Zafrel tidak bercadang untuk menggunakan kereta mewah Lamborghini Aventador pemberian isterinya juga pelakon Wawa Zainal dalam tempoh yang panjang biarpun baru menerima kereta itu bulan lalu.

Aeril berkata, dia sudah memaklumkan perkara terbabit kepada Wawa selepas mencuba membawa kereta itu.

"Sebelum ini saya ada kereta Mustang tapi bertahan selama setahun saja kerana kereta itu berada di rumah saja sehingga saya nekad menjualnya kepada kawan.

"Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta baru ini dan selepas mencubanya beberapa kali kemungkinan kereta ini juga tak lama saya gunakan," katanya.

Menurut Aeril, Wawa tidak berkecil hati atau marah sebaliknya begitu memahami dirinya yang sekadar mahu mencuba sesuatu kereta yang diidamkan.

"Dia sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga ceritanya. Saya sekadar nak cuba memandu dan 'feel' kereta itu. Sejenis pakai nak rasa sekejap.

"Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video di Instagram," katanya.

April lalu, Aeril menerima kejutan istimewa daripada Wawa apabila isterinya itu menghadiahkan kereta mewah Lamborghini Aventador.

Aeril berkata, edisi Lamborghini itu sudah tidak dikeluarkan selain memang inginkan warna kuning.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2022 @ 1:35 PM