Justin Bieber
Justin Bieber
Agensi 

Los Angeles: Lonjakan kes baharu Covid-19, terutama varian Omicron semakin bertambah di kalangan selebriti seluruh dunia.

   Terbaharu, bintang pop terkenal Justin Bieber pula disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menangguhkan konsertnya. 

   Justin dijadualkan membuat persembahan konsert istimewanya di hadapan peminat di T-Mobile Arena di Las Vegas.

   Perkara ini diberitahu oleh pihak pengurusan Justin yang memaklumkan persembahan itu terpaksa ditangguhkan susulan perkembangan terbaharu ini. 

   "Kerana hasil positif Covid-19 dalam 'team' Justice Tour, sayangnya kami harus menunda persembahan di Las Vegas ini," kata mereka.

   Konsert di Las Vegas itu sudah lama dinantikan oleh peminat dan penyanyi lagu Love Yourself ini yang memilih Las Vegas sebagai lokasi kedua dalam siri Justice Tour.

   Pengurusannya berkata, Justin sangat kecewa dengan apa yang berlaku. 

   "Namun, demi kesihatan dan keselamatan kru serta peminatnya sering menjadi keutamaan kami," kata mereka. 

   Menurut mereka lagi, persembahan pertama Justin di San Diego amat sukses membuatkan dia bersemangat untuk beraksi di Las Vegas secepat mungkin.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Februari 2022 @ 5:38 PM