FURY (kiri) dan Wilder (kanan) ketika sesi menimbang berat badan. FOTO EPA
FURY (kiri) dan Wilder (kanan) ketika sesi menimbang berat badan. FOTO EPA
AFP

Las Vegas: Juara dunia heavyweight WBC, Tyson Fury dan pencabarnya, Deontay Wilder bakal beraksi dalam pertarungan paling berat apabila kedua-duanya bertemu buat kali ketiga di Las Vegas awal pagi esok.

Juara bertahan dari Britain, Fury mencatat berat 125.6 kilogram (kg) manakala Wilder 107.9 kg pada acara timbangan di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas.

Fury yang enggan membuka bajunya ketika menaiki alat penimbang, 1.8kg lebih berat berbanding ketika dia menewaskan Wilder pada pusingan ketujuh dalam pertemuan kedua mereka 20 bulan lalu.

Ia juga bermakna, Wilder 16kg lebih ringan berbanding lawannya itu apabila kedua-duanya bertemu di T-Mobile Arena awal pagi esok.

Berat Wilder sebelum ini adalah 104.7kg ketika dia tewas di tangan Fury tahun lalu.

Ditanya apakah signifikan berat badannya itu, Fury berkata: "Ia bermakna kemusnahan total. Saya akan memasukkannya ke (hospital) Royal Infirmary selepas pertarungan, jangan risau.

Ditanya ramalannya mengenai pertarungan itu, Fury menambah: "Dia akan terbaring cedera di lantai, dibelasah teruk, seperti digilis trak 18 tayar.

"Kali terakhir dia mengadu tengkoraknya retak dan tangannya cedera. Saya tidak sabar untuk pertarungan ini."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 10:44 AM