KELUARGA bahagia, Ezzaty bersama suami, Azwan dan anak sulung mereka, Harum Dalia.
KELUARGA bahagia, Ezzaty bersama suami, Azwan dan anak sulung mereka, Harum Dalia.
Ridzuan Abdul Rahman


SEJAK tahun lalu, boleh dikata ramai selebriti tanah air yang bertemu jodoh seterusnya naik pelamin. Bahkan, tidak kurang juga ada antara mereka yang menambah ahli keluarga dengan kehadiran cahaya mata baharu.

Bagaimanapun, setiap wanita hamil selalunya berhadapan dugaan seperti alami alahan yang teruk dan mengidam pelbagai makanan enak. Tetapi, ada juga yang tidak melalui sebarang masalah berkenaan.

Bagi pelakon Ezzaty Abdullah, 32, yang kini sarat hamil anak kedua, dia mengalami alahan teruk sehingga tidak berdaya untuk berdiri mahupun duduk kerana rasa sakit pada bahagian perut.

"Apapun, alhamdulillah usia kandungan saya sekarang sudah memasuki 34 minggu atau lapan bulan. Jika tiada aral, saya dijangka melahirkan anak kedua pada bulan depan.

"Syukur juga kerana saya dan suami akan menimang cahaya mata lelaki pula. Namun, dugaan hamil yang kedua ini agak mencabar berbanding anak pertama dulu apabila saya mengalami alahan teruk di awal kehamilan.

"Saya pernah tak berdaya untuk berdiri serta duduk kerana rasa sakit pada bahagian perut selama empat bulan. Rasa merana apabila setiap malam susah nak tidur dan bila pagi baru boleh lelapkan mata," katanya.

Mengulas juga perihal mengidam, Ezzaty berkata setakat ini dia tidak mengidam sebarang makanan, cuma mengalami alahan yang teruk saja.

Apapun, dia bersyukur kerana suami, Azwan Kombos banyak membantu menjaga anak sulung mereka, Harum Dalia kini berusia lima tahun berikutan masalah alahan teruk dialami itu.

"Ini kali pertama saya rasa alahan teruk mengandung, sebab waktu hamilkan Harum dulu semuanya indah belaka macam orang tak mengandung.

Terdahulu Ezzaty dan Azwan juga seorang pelakon, mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dalia.

Berkongsi juga mengenai pilihan nama untuk bayi lelaki mereka, Ezzaty berkata dia dan suami sebenarnya sudah mempunyai beberapa nama pilihan yang dirasa sesuai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 6:45 AM