Janna Nick
Janna Nick
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon, Janna Nick menafikan gambar dia berbaju songket biru yang dimuat naik di Instagram sempena majlis pernikahannya, sebaliknya ia sekadar menjayakan babak kahwin menerusi drama Shakira. 

Janna menjelaskan, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian itu membuatkan banyak pihak terasa hati dengannya. 

"Saya tidak bernikah sebaliknya gambar itu sekadar babak untuk drama Shakira yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Sengaja saya muat naik (di Instagram) kerana tarikh pada hari ini cantik.

"Ramai pihak yang sudah menelefon bertanya mengenai perkara ini, malah rakan-rakan selebriti turut terasa hati kerana tidak mendapat jemputan. Saya mohon maaf kepada semua yang sudah salah faham.

"Buat masa ini, saya belum mempunyai sebarang perancangan untuk nikah dalam tempoh terdekat. Malah, saya pun tak akan memuat naik gambar, sebab kata orang boleh hilang seri," katanya kepada Harian Metro.

Perkongsian Janna di Instagram itu dengan memuat naik gambar dia berbaju songket berwarna biru dan duduk di pelamin sebentar tadi menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Sebelum ini, Janna menjelaskan akan mengambil langkah sama seperti sepupunya, Adam Lee yang berkongsi berita pertunangan dengan pelakon Sweet Qismina pada hari mereka melangsungkan pertunangan.

Janna berkata, dia akan berkongsi berita gembira itu pada waktu yang tepat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 4:47 PM