THOMAS akui tekanan terhadapnya semakin reda selepas Pogacar sertai Giro. FOTO AFP
THOMAS akui tekanan terhadapnya semakin reda selepas Pogacar sertai Giro. FOTO AFP
Reuters

Paris: Pelumba Ineos Grenadiers, Geraint Thomas berkata dia menikmati status sebagai pelumba bukan pilihan di Giro d'Italia dengan semua mata tertumpu kepada Tadej Pogacar dari Slovenia.

Juara Tour de France dua kali Pogacar, membuat penampilan sulungnya di Giro, meraih tujuh kemenangan dalam 10 hari perlumbaan musim ini dan pilihan utama untuk juara saingan tahun ini.

Thomas, yang menduduki tempat kedua di Giro tahun lalu, berkata perhatian terhadap Pogacar mengurangkan sedikit beban daripada pelumba lain dalam perlumbaan.

"Ia adalah Giro, banyak perkara yang boleh menjadi baik, banyak perkara yang boleh menjadi buruk," kata bekas juara Tour de France itu kepada pemberita menjelang perlumbaan minggu ini.

"Ia satu tugas besar untuk kami, kerana Tadej adalah penunggang basikal yang luar biasa, mungkin antara yang paling hebat pernah dilahirkan tetapi anda tidak pernah fikir tempat pertama telah hilang.

"Jika dia ada, ia menghilangkan tekanan kerana semua orang mengharapkan dia menang, mereka tidak mengharapkan kami melakukan apa-apa. Kami menikmati cabaran itu."

Peringkat pertama Giro, perjalanan sejauh 140 km (87 batu) dari Venaria Reale ke Turin, berlangsung pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 7:29 PM