Barisan pelakon Hospital Playlist 2.
Barisan pelakon Hospital Playlist 2.
Agensi

Seoul: Episode terbaharu drama Korea Selatan, Hospital Playlist 2 mencatat rating tertinggi sepanjang tayangan di tvN.

Drama yang dibintangi Jo Jung-suk, Jung Kyung-ho, Yoo Yeon-seok, Kim Dae-Myung dan Jeon Mi-do itu terus mencatatkan kenaikan pada setiap episod.

Menurut Nielsen Korea, episod keempat yang ditayangkan kelmarin meraih jumlah tontonan atau 'rating' 11 peratus.

Angka ini menjadi catatan tertinggi yang diraih drama Hospital Playlist 2 dari tiga episod sebelumnya. Hospital Playlist 2 kembali memaparkan kehidupan dan hubungan lima doktor iaitu Lee Ik-joon (Jo Jung-suk), Ahn Jeong-won (Yoo Yeon-seok), Kim Jun-wan (Jung Kyung-ho), Yang Seok-hyeong (Kim Dae-Myung), dan Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) ketika menjalankan tugas mereka di Hospital Yul Je. Persahabatan yang sudah wujud sejak mereka melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan hingga menjadi seperti keluarga.

Tidak hanya soal persahabatan, Hospital Playlist 2 juga akan menjawab beberapa persoalan pada musim pertama. Ia termasuklah bibit percintaan antara Ik-jun dan Song-hwa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 10:43 AM