DA'I Farhan bersama bekas isteri sudah bernikah semula selepas diceraikan dengan talak satu sebelum ini.
DA'I Farhan bersama bekas isteri sudah bernikah semula selepas diceraikan dengan talak satu sebelum ini.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pendakwah bebas Da'i Nik Farhan Nik Mohamad, 31, atau Da'i Farhan selamat bernikah semula bekas isteri, Fatin Nurul Ain Mat Aris, kelmarin.

Berita gembira itu dikongsikan Fatin itu menerusi hantaran di Instagram Story yang turut memohon doa agar rumah tangga yang dibina kali kedua itu terpelihara hingga ke akhir hayat.

"Saling bermaafan memberi ketenangan Itulah akhlak Rasulullah. Hati yang memaafkan adalah hati yang bersangka baik dengan apa yang berlaku.

"Semoga apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa.

"Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat, " katanya.

Pasangan yang kembali disatukan pada 1 Syawal itu mempunyai dua cahaya mata.

Terdahulu, Da'i Farhan mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan dikenali sebagai Dr Erin di Makkah pada November 2019.

Perkahwinan yang didakwa secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama mendapat kecaman warganet apatah lagi Fatin ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka.

Da'i Farhan kemudian menceraikan isteri pertamanya itu dengan talak satu pada 3 Disember 2019.

Sementara hubungan Da'i Farhan dengan Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak berpanjangan apabila pasangan itu akhirnya berpisah pada April tahun lalu selepas lima bulan berkahwin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 12:05 PM