AZLAN & The Typewriter. FOTO Arkib NSTP
AZLAN & The Typewriter. FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Bapa kepada penyanyi Azlan & The Typewriter yang disahkan positif Covid-19 sejak tiga minggu lalu kini dalam keadaan tenat.

Azlan berkata, bapanya yang dikenali sebagai Salehudin itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor.

"Kali terakhir saya bertemu ayah ialah kira-kira sebulan lalu. Doktor memaklumkan keadaan ayah sangat kritikal dan dia boleh pergi pada bila-bila masa.

"Walaupun dia sudah lama berpisah dengan ibu, saya tetap mendoakan yang terbaik untuknya. Tanpa dia, saya tiada," katanya.

Menurut Azlan, bapanya itu juga mempunyai komplikasi pelbagai penyakit.

Katanya, dia tidak dapat berhubung secara terus dengan bapanya dan hanya mengharapkan sebarang maklumat terkini menerusi adiknya.

"Saya reda selepas dimaklumkan adik mengenai keadaan ayah yang semakin tenat. Tidak mampu untuk saya luahkan dengan kata-kata melainkan mendoakan urusannya dipermudahkan.

"Namun doktor akan memberi sebarang perkembangan terkini kepada ibu tiri dan adik saya," katanya.

Dalam pada itu, Azlan juga memberitahu bahawa dia sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 2:32 PM