ZIZAN. FOTO IG zizanrazak869
ZIZAN. FOTO IG zizanrazak869
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Bersempena ulang tahun kelahiran ke-37, pelawak dan pelakon Zizan Razak mendoakan dia segera ditemukan jodoh.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak berkata, dia turut berharap perjalanan hidupnya sentiasa dipermudahkan dan diberkati.

"Assalamualaikum, ucapan 'happy birthday' buatmu Mohd Razizan Abdul Razak. Semoga terus berjaya dan berjaya. Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmatimu selalu dan sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur.

"Segala usahamu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan... Amin," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Ucapan penuh makna yang ditulis Zizan untuk dirinya sendiri itu menarik perhatian ramai termasuk rakan artis yang sama-sama mendoakan kesejahteraannya.

Ada juga di antara mereka yang teruja menanti dan mengharapkan pelakon filem Polis Evo itu segera ditemukan jodoh.

Zizan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Juliana Evans, Mira Filzah dan Emma Maembong.

Semua selebriti wanita yang dikaitkan dengannya itu kini sudah berkahwin sehingga dia pernah menganggap dirinya bermasalah apabila sering gagal dalam setiap hubungan percintaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 April 2021 @ 2:21 PM