Neelofa
Neelofa
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Selebriti terkenal, Neelofa berkongsi hantaran tiga potong doa berkaitan dipermudahkan segala urusan.

"Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

"Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat Mu aku meminta pertolongan.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku," tulisnya.

Menerusi hantaran dimuat naik itu, Neelofa turut menulis keterangan supaya orang ramai juga dapat mendoakan dirinya.

"Dengan rahmat Mu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian," katanya.

Perkongsian bekas pengacara MeleTop itu mendapat lebih 150,000 tanda suka dan lebih 2,800 komen.

Kebanyakan yang menulis mengaminkan doa itu selain mendoakan segala yang dirancang berjalan lancar.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan terdapat desas-desus mengatakan Neelofa dan pasangannya juga pendakwah bebas, PU Riz bakal berkahwin pada Sabtu ini.

Namun, belum ada sebarang kenyataan daripada kedua belah pihak berkenaan perkara itu.

Pada 1 November lalu, pihak PU Riz sudah merisik Neelofa dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mac 2021 @ 9:04 AM