SYERIV menjalani pembedahan kecil di bibir akibat terjatuh. FOTO IG
SYERIV menjalani pembedahan kecil di bibir akibat terjatuh. FOTO IG
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Anak sulung pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin iaitu Syeriv Samheizy, 4, cedera di bibir akibat terjatuh dan terpaksa menerima tujuh jahitan, semalam.

Sam berkata, dalam kejadian itu, anaknya itu terjatuh ketika berada di garaj depan rumah menyebabkan bibirnya terkoyak.

Menurut Sam, Syeriv kemudian dibawa ke hospital dan selepas melakukan prosedur pembedahan kecil, dia dibenarkan pulang semalam.

"Biasalah insiden tidak dijangka. Anak lelaki pula kan," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Syatilla berkata, dia tidak akan melupakan insiden yang menimpa anaknya sehingga perlu menjalani pembedahan kecil.

"Sampai bila-bila saya takkan lupa. Sedihnya tengok anak kita macam tu. Dia terpaksa ditidurkan untuk jahitan di bibir itu. Jika tidak, dia akan meronta-ronta.

"Macam air terjun air mata ini mengalir. Ini baru sikit. Secara tiba-tiba terdetik, bagaimana perasaan ibu yang kena hadap anak kecil sakit kronik, kanser dan sebagainya. Moga Allah kuatkan semangat ibu semua. Macam ini pun rasa tak sanggup tengok," katanya.

Tilla berkata, dalam keadaan sama dia terpaksa kembali semula ke lokasi penggambaran kempen untuk Aidilfitri.

"Bayangkan hati tak tenang fikir mengenai anak, tiba-tiba kena sambung semula penggambaran. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terbabit sama. Mereka pun ada keluarga tunggu di rumah.

"Susah hati jangan cakaplah. Namun, saya sedih Allah lancarkan semua. Dari sedih kena bertukar buat lawak dalam kempen Rindu Asmara Raya. Kalau anda agaknya mampu tak? Inilah yang dikatakan korban perasaan untuk kerja. Saya memang tabik orang yang berjaya lalui apa yang saya hadapi semalam. Mungkin orang luar nampak biasa, tapi bagi saya sangat luar biasa. Doakan Syeriv cepat sembuh dan boleh minum susu semula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mac 2021 @ 3:54 PM