AMEER bersyukur dikurniakan anak selepas lima tahun.
AMEER bersyukur dikurniakan anak selepas lima tahun.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Selepas lima tahun menanti, penyanyi Ameer Sofazr dan isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif akhirnya dikurniakan anak selepas Siadatul selamat melahirkan bayi perempuan jam 7.40 malam semalam. 

Amir berkata, dia bersyukur dengan kelahiran bayi seberat 3.1 kilogram itu.

"Terima kasih kepada seluruh keluarga, saudara, sahabat, kawan-kawan, peminat-peminat dan semua yang mengenali kami kerana mendoakan buat isteri dan anak kami. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. Amin," katanya. 

Di Instagram, ramai pengikut serta sahabatnya yang menitipkan doa serta ucapan tahniah di ruangan komen. 

Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddin berkahwin dengan Saidatul pada Januari 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 2:27 PM